Showing posts with label apa itu autodownline. Show all posts
Showing posts with label apa itu autodownline. Show all posts

Sunday, May 22, 2016

Pelan simpanan seumur hidup bersama Tone Excel Autodownline


Tone Excel. Kalau buat betul-betul, I mean betul-betul serius, kita boleh jadikan income dari syarikat ni untuk tujuan menyimpan duit dalam akaun simpanan.


Ya saya juga sedang usahakan dan ingin realisasikan hasrat ni. 

 

Lately saya sendiri rasa agak sukar nak menyimpan dengan konsisten. Ada-ada je perbelanjaan yang perlu dilakukan.


Mujurlah saya adalah salah seorang pengguna simkad Tone Excel yang memperkenal dan mempromosikan simkad ni secara aktif. 


Saya gunakan teknologi yang dibangunkan oleh Team Autodownline


Memang tak nampak banyak sangat pun, tapi ianya menambahkan apa-apa jumlah yang saya sedang kumpulkan. 


See? 


Sambil pakai handphone, sambil tu boleh menabung. Syaratnya kena buat kerja la. 


Mana ada orang nak bagi kita duit free free macam tu je tanpa ada sebarang usaha dari pihak kita kan.


Jadi, inilah masanya. Jom sertai saya dalam perniagaan ini. Pasti berbaloi. Baik gain something daripada pakai handphone tapi tak dapat apa-apa langsung kan. 

 
 

Thursday, May 12, 2016

Bisnes Tone Excel memang mudah bila ada bantuan sistem Autodownline


"Ada tak ye bisnes yang lagi senang daripada bisnes simkad Tone Excel ye?" 


MUNGKIN ADA. 


Saya tak menolak kebarangkalian yang ada wujud bisnes lain yang berkali ganda lagi mudah, senang, dan boleh buat banyak duit selain daripada Tone Excel ni. 


Apa bisnesnya? Tidaklah saya ketahui.


Jadi, sementara saya masih tak jumpa lagi apa dia bisnes yang lagi senang daripada bisnes simkad Tone Excel ni, saya rasa lebih baik saya fokus dulu pada bisnes ni. 


Sebabnya bisnes ni memang dah confirm boleh buat duit. 

 

Benda memang dah confirm boleh buat duit, nak tunggu apa lagi? Buatlah betul-betul. Bukan susah sangat pun cara nak jalankan bisnes ni. 


Kita cuma perlu fokuskan usaha kita pada bahagian pemasaran. Ceritalah tentang simkad dan peluang bisnes ni kepada seberapa ramai orang yang mungkin belum tahu. 


Nak bercerita pada yang dah tau juga tak ada masalah. Saya sendiri ada sangat ramai kawan-kawan yang dah lama tau pasal simkad ni, dah pernah dengar pasal simkad Tone Excel ni dah cukup lama, tapi sampai sekarang masih tak join lagi. 


Sebabnya?


Ego dan MALU. 


Ego sebab merasakan diri tu cukup hebat dan jatuh standard kalau pakai simkad ni. 


MALU sebab pernah kondem simkad ni bhahahaha. Saya rasa ramai jugak yang termasuk dalam kumpulan malu nak join sebab dulu pernah kondem simkad ni. 


Apa tak nya, dulu mengutuk macam dialah HERO. Sekarang alih-alih nak jadi pengguna pulak. Bila dah jadi pengguna, mestilah kena promote simkad ni, barulah company akan bayar dia komisyen.


Orang macam ni, selalunya memang tak akan la buat.


Ok tak apa la. Saya di ajar dan belajar untuk tak nak amik port sangat dengan orang yang tak nak dengan apa yang saya tawarkan ni. Pada saya, orang yang reject offer saya adalah orang yang negatif. 


Bukanlah saya maksudkan anda tu orang yang negatif, tetapi negatif kat sini adalah terhad pada konteks attitude dan reaksi anda pada tawaran saya. Faham ke tak ni?


Ok la... Sebelum bulan April 2016 berlalu tempoh hari, rupanya saya ada dapat komisyen lagi dari Tone Excel


Hasil daripada menggunakan sistem Autodownline. Saya promosikan Tone Excel guna sistem Autodownline sekarang. Jadi tak payah terkejut sangatlah ye kalau dah tak nampak saya dekat HQ atau mana-mana sesi preview.


Kalau anda nak join dan tiru kaedah saya, ha langkah pertama ialah Join kat sini dulu

 




 

Monday, April 18, 2016

Bukti komisyen dari Team Autodownline dan cara nak promote Tone Excel


Bila saya kata yang Sistem Autodownline ni memang betul-betul boleh pakai, bermakna ia memang betul-betul boleh pakai.


Sistem ini memang betul-betul praktikal untuk membantu penggunanya untuk buat duit dengan lebih bergaya dan dengan effort yang lebih santai. 


Masih kurang percaya? Nah ini dia buktinya. 

http://www.sabreehussin.com/team-autodownline

Sumber gambar saya ambil disini: Pengenalan kepada simkad Tone Excel


Bulan ni Alhamdulillah, masih lagi ada rezeki yang masuk dari program ni. Boleh lihat pada tarikh transaksi tersebut berlaku, iaitu pada 11 April 2016. 945115 tu adalah IDP saya yang saya daftar menerusi Team Autodownline


"Macam mana nak promosikan sim Tone Excel?" 


Ha ha


Nampaknya inilah dia antara soalan yang popular yang saya kerap perolehi menerusi emel!  

 
 

Yang peliknya, soalan ini diajukan kepada saya, selepas si penanya tu membaca setiap perkongsian yang saya buat di laman blog saya! 


Dah tentu soalan sedemikian sangat-sangat menimbulkan tanda tanya... sama ada si penanya tu reti membaca ke tidak? 


Saya dah ajar macam mana nak buat promosi simkad Tone Excel ni, tiba-tiba orang yang baca perkongsian saya tu tanya sekali lagi soalan yang sama. 


What the ...? 



Kalau korang rasa tak jelas dengan apa yang korang baca, ulang je la pembacaan korang tu buat kali yang kedua, ketiga keempat atau berapa-berapa kali sekalipun, sampailah korang PAHAM. 


Saya bukannya tulis dalam bahasa German. Dalam bahasa Melayu kot. Cuma mungkin ada beberapa terma yang akan saya tulis dalam bahasa Inggeris, itupun jika perlu. 


Jika tak perlu guna bahasa Inggeris, kebanyakkannya saya akan tulis dalam Bahasa Melayu sahaja. 


Apa pun, terima kasih la buat yang sudi bertanya tu. 


Anda telah menghiburkan hari saya! Ha ha


Hint: Anda sebenarnya boleh belajar macam-macam kaedah promosi kalau anda baca blog ini

 



 

Friday, April 1, 2016

Kenapa ko masih tak berjaya dalam bisnes TE ni?


"Bro, kenapa ko masih tak berjaya dalam bisnes TE ni? Apa masalah ko sebenarnya ni?" 


Soalan ni, kalau ditanyakan pada saya, saya memang sangat sangat sangat tau apa jawapannya. Its a clear cut answer. 


Jika soalan tu tentang diri saya, berkenaan saya, kenapa saya gagal or kenapa saya boleh berjaya, saya tau macam mana nak jawab, dan dah tentu saya tau apa jawapannya. 


Namun kalau soalan tu tentang orang lain... memang la saya tak tau nak kata apa. 


Ok berbalik kepada soalan utama. "Kenapa masih tak berjaya dalam bisnes TE ni walhal dah bertahun-tahun dah kot berada dalam bisnes ni..."


Saya rasa jawapannya mudah je kot... 


Sebab ada kekurangan pada diri kita. Kekurangan tu boleh jadi dalam bentuk 

+ Kurang cerdik

+ Kurang usaha

+ Kurang kerajinan 


Serius, memang susahla nak pergi jauh kalau kurang cerdik ni.  Kecerdikan ni boleh datang dengan syarat kita berusaha untuk menjadikan diri kita cerdik. 


Orang yang cerdik, dia bukannya tiba-tiba jadi cerdik. Ada usaha yang perlu dilakukan. Sama ada dia berusaha untuk menambah ilmu dengan cara datang ke kelas, baca buku, datang seminar, belajar dari rancangan tv dan macam-macam lagi. 


Kalau tak sanggup buat semua tu, setidak-tidaknya perlu ada kesanggupan untuk bergaul dan berkawan dengan individu lain yang lebih cerdik. Bukannya berkawan sebab nak menyusahkan dia dengan soalan-soalan remeh yang jawapannya boleh dicari sendiri dan yang dah sentiasa terhidang kat depan mata. 



Sebaliknya, kita berkawan dengan niat untuk mendapatkan semangat dan mencontohi cara dan budaya kerja individu tersebut yang lebih berjaya dari kita, asbab dari kecerdikannya.


Setiap orang diberikan masa yang sama setiap hari. 


Untuk menulis post tentang Tone Excel dan tentang AutoDownline TE yang anda sedang baca dalam ni, juga memerlukan masa. 


Kalau mahu, boleh sahaja saya berikan alasan saya tak ada masa, kemudian saya kembali meneruskan buat hal-hal lain yang tak ada kena mengena langsung dengan bisnes ni. Tonton TV, layan iFlix, main game The Walking Dead No Man Land dan banyak lagi. 


Semua tu lebih best berbanding luangkan masa untuk buat kerja-kerja pemasaran yang memenatkan. 


Tapi saya pilih untuk cari dan curi masa untuk buat kerja-kerja marketing. Atas sebab? Sebab saya nak berjaya. Sebab saya tau, in future, bukan orang lain yang akan dapat manfaatnya. 


Saya sendiri yang akan dapat tuai hasilnya.


Saya tak hairan, kalau anda kata anda susah nak berjaya. Saya lagi tak rasa hairan kalau anda mengatakan kegagalan anda itu adalah disebabkan kesalahan orang lain. 


... dan anda yakin dengan apa yang anda percaya selama ini. Hmm.. 

 
Ramai orang yang saya jumpa, mereka mahukan seseorang untuk memimpin tangan mereka, dan untuk mengajar mereka satu per satu apa yang perlu dibuat dalam bisnes. Ibarat macam kat tempat kerja gitu. 


Ironinya, ramai yang tak suka suasana kerja seperti itu bila di tempat kerja. 


Cukup ramai yang dah jatuh tahap BENCI bila setiap masa ada supervisor yang duk bebel, itu tak kena, ini tak kena, buat itu salah, buat ni tak tepat, tak boleh rehat sekarang, tak boleh cuti dan lain-lain lagi. 


Mereka cukup benci dengan situasi ini, hinggakan dalam hati mereka berazam untuk cari kerja lain, atau berbisnes untuk mendapatkan persekitaran yang lebih santai dan bebas. 


Peliknya... 


Bila dah join bisnes TE ni, bila anda dah dapat kebebasan yang anda memang layak untuk terima, tiba-tiba sahaja anda jadi seperti orang yang tak tau nak buat kerja langsung. Tak tau nak buat apa, cuai, pemalas dan selalu tak buat kerja.


Apa benda yang sedang berlaku pada anda sebenarnya?

 
... dan itu my friend, itulah sebabnya kenapa anda masih tetap macam tu je dan tak ada sebarang kemajuan langsung.


 

Friday, March 25, 2016

Bisnes Tone Excel dan sistem autodownline dengan modal serendah RM100


Anda nak buat bisnes? 


Ya. Ada terlalu banyak pilihan untuk buat bisnes kat luar sana. Ada yang susah, ada yang senang. Ada yang nampak glamer dan ada yang nampak macam lekeh-lekeh je. 

 

Walaupun pilihan tu ada macam-macam, tapi berapa banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan modal serendah RM100 sahaja? Pada tahap ni, pasti ramai yang mula perasan, sebenarnya tak banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan kos yang begitu rendah. 


Sebab tu bila saya dapat tau, yang bisnes Tone Excel boleh dimulakan dengan modal kurang dari RM100, saya terus join. 


Kalau RM100 untuk memulakan suatu perniagaan itu terlalu mahal... saya pun tak boleh nak cakap apa lagi. 

 
Ya saya tahu, bukan semua orang mampu untuk keluarkan RM100 one shot. Ada yang perlu ikat perut semata-mata untuk kumpul angka ini. 


So what? 


Kalau tak dapat nak keluarkan sekali gus, then kumpul duit sikit-sikit. Kalau sehari dapat asingkan dalam RM1, masuk hari yang ke 100 dah cukup RM100. 


Tak kira anda nak menabung bagaimana, asalkan ada kemahuan, kat situ pasti ada jalannya. 


Sure, halangan dan cabaran tu pasti akan ada. Mujurlah, sistem autodownline ini direka untuk membantu sesama ahli untuk bekerja dalam kumpulan. Jadi, anda tak keseorangan. 


Walaupun anda rasakan ianya sukar, akan ada team mate yang akan sentiasa menyokong anda di belakang. 


Jadi, apa tunggu lagi. Marilah daftar sebagai ahli Tone Excel menerusi sistem Autodownline


Klik sini sekarang



 
 

Wednesday, March 16, 2016

Sistem pemasaran Tone Excel untuk orang yang suka tidur


Bila kita jujur dengan diri sendiri, sebenarnya kita boleh tau, apa agaknya masa depan bisnes kita dan sejauh mana kita boleh pergi dengan bisnes Tone Excel ni.


Asalkan kita JUJUR dengan diri sendiri. 


Kita "audit" diri kita sendiri. Lihat kembali pencapaian kita yang lepas-lepas. Adakah ianya cukup membanggakan atau cukup membangangkan?


Tak salah kalau kita ada angan-angan dan impian yang besar dalam bisnes ni. Kerana pada satu tahap, impian dan angan-angan inilah yang akan jadi penggerak dan membuatkan kita terus melangkah jauh ke hadapan. 


"Bila kali terakhir kita mendapat prospek yang baru untuk kita ajak menyertai bisnes ni?"


Sekiranya jawapan yang keluar dari mulut anda ialah


x Tak ingat lah... 

x Dah lama tak dapat...

x Saya tak mula lagi...


Maknanya anda masih tidur lagi dan belum bangun dari mimpi. Bangkitlah. Bisnes ni, kita kena buat betul-betul, barulah kita akan dapat lihat hasilnya. 


Gambar kucing ni, nama dia Limau


Setiap kali saya buat kerja, dia akan panjat tempat tu dan tidur. The best part is, dia akan tidur dan muka mengadap saya. 


Dem betul. 


Buatkan saya rasa macam nak tidur jugak! 


Mujurlah, saya dapat setup sistem pemasaran saya betul-betul. Kalau let say saya malas sangat nak buat marketing sekalipun, sistem saya akan bekerja untuk saya, dan carikan prospek untuk saya. 


Sebab tu, kalau anda baca post-post saya sebelum ini, saya dapat bantu downline saya, dengan memberikan mereka ni semua downline secara percuma.


Ok anda berminat nak join team saya?


Klik sini untuk join ye


Macam best je kalau dapat tidur ha ha


Sunday, October 18, 2015

ToneXpress pun ada fungsi sistem autodownline


Apa yang anda faham dengan konsep sistem autodownline ye?


Orang asyik mencari, autodownline, autoplacement, automatik downline, auto-pilot downline dan macam-macam lagi. Tetapi, sebelum beriya-iya sangat nak mencari tu, betul ke kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan autodownline ni? 


Sebelum saya gunakan sistem autodownline ni, saya juga ada gunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak ToneXpress.


Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi pengguna sistem tersebut, banyak jugak income yang berjaya saya hasilkan.  Kalau rajin, biasanya saya akan ceritakan tentang pencapaian saya dalam ToneXpress melalui blog saya yang satu lagi. 


Kali terakhir saya dapat komisyen dari ToneXpress adalah pada September 2015.


Apa yang saya faham tentang konsep sistem autodownline, dan apakah yang menjadikan sesuatu sistem autodownline tu akan berkesan? 


1. Sistem autodownline sebenarnya bukanlah benar-benar automatik

Atau mungkin patut saya katakan ianya semi-automatik. 


Untuk menjadikan satu-satu sistem itu automatik, kita kena lihat juga siapa dibelakang pihak penyedia sistem itu sendiri. Kalau penyedia sistem tu adalah someone yang nobody dan tak mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk manage sistem tu, sia-sia je join dengan dia. 


At least orang yang nak manage sistem autodownline ni, paling kurang berpangkat JC. Kalau pangkat lebih tinggi dari tu lebih baik. 


Kalau branch sendiri yang nak manage itu lebih menyakinkan. 


Sebab tu, walaupun saya ada pengetahuan untuk manage sistem autodownline macam ni, saya tak buat. Saya tahu, prosesnya sangat leceh dan saya perlu ada ready stock yang mencukupi. 



Daripada saya pening-pening nak fikir tu semua, lebih baik saya join je mana-mana group yang memang ada sediakan sistem autodownline



2. Limpahan downline diperolehi hasil daripada pemasaran secara aktif

Ini yang orang tak nampak. 


Bila dia tengok ada perkataan auto, kemudian ada perkataan downline, dia fikir lepas join terus dapat downline secara automatik walaupun tak promosi. 


Tolong jangan jadi bangang. Syarat untuk berjaya dalam bisnes ni ialah kena jadi pandai, bukan sebaliknya. Tak boleh tidak, anda kena jadi cerdik. 


Dalam bisnes, orang yang cerdik ni la yang biasanya akan dapat income yang lumayan. Untuk yang kurang cerdik, akhirnya akan bungkus, gulung tikar dan sebagainya. 


Ni la saya nak cerita, downline tu akan datang sendiri kalau anda ada upline yang buat marketing secara aktif dan konsisten. Lagi agresif upline anda buat marketing, lagi tinggi peluang anda untuk dapat downline secara automatik walaupun anda tak buat promosi langsung. 


Akan tetapi, kalau anda duduk dibawah upline yang tido, yang buka laptop atau pc pun sebulan sekali, jangan harap la nak dapat limpahan downline dari upline macam ni. Kirim salam je. 


3. Anda tetap perlu buat marketing walaupun dah guna sistem autodownline 

Satu hari tu, ada yang tanya saya, kalau dah join melalui sistem autodownline, perlu buat promosi lagi ke? 


Eh apa ke &^*(*(^ soalan ni?


Dah tentulah ko kena buat promosi. Kalau ko tak buat promosi, macam mana prospek ko nak tau, mana satu ko punya link untuk dia join nanti. 


.

..

...

Haish itu la dia manusia. 


Apa sikap ni? Nak berjaya tapi tindakan tak serupa orang yang nak berjaya. Dari soalan-soalan yang ditanyakan pun, kita boleh pertikaikan, sama ada orang ni betul-betul nak berjaya atau sekadar terpengaruh dengan kejayaan orang lain, lepas tu berharap diri sendiri pun boleh berjaya macam tu jugak. 


Aih entahlah. 


Apa pun, sekarang ni, saya ada dua sistem autodownline yang support kerja-kerja pemasaran saya. 


Pertama dari pihak ToneXpress


Satu lagi dari pihak Autodownline 123.     


Korang daftarlah mana-mana satu yang berkenan di hati. Lepas dah daftar buatlah promosi tu ganas-ganas sikit. Kalau promosi pun lembab, ada hati nak income lebat. Ceh


 
 

Saturday, October 17, 2015

Sistem autodownline ni bagus ke untuk bisnes Tone Excel?


Adakah sistem autodownline ini benar-benar membantu untuk mendapatkan pelanggan ataupun downline di Level 1?


Saya cuma boleh cakap apa yang saya tahu. 


Apa yang saya tahu pula adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri menjadi pengguna bagi sistem autodownline ini. Adalah kurang beretika kalau saya nak katakan sesuatu yang tak betul atau sesuatu yang hanya rekaan. 


Ini adalah screenshot yang baru saya ambil sebentar tadi di member area sistem autodownline milik saya. 

Dapat_downline_percuma_dengan_autodownline

Sebenarnya list untuk level dua masih panjang lagi. Bila saya nak buat screenshot, ianya tak muat. 


Ada orang pernah tanya kat saya, macam mana nak buat pemasaran? Sebabnya even nak dapatkan prospek mendaftar secara percuma pun sangat susah.


Ya


At some point, saya bersetuju dengan orang yang bertanya pada saya tu. Saya setuju. Bukan mudah untuk dapatkan prospek untuk daftar ke sistem autodownline, walaupun ianya hanya percuma dan tak perlu bayar apa-apa pun. 


Ini soalan yang ditanyakan kepada saya: 


"Saya baru menggunakan autodownline.. tapi under orang lain.. sebenarnya nak ajak orang sign up percuma pun agak susah.. mohon tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat prospek?"


Manakala ini pula adalah jawapan yang saya berikan. Anda boleh klik sini untuk baca jawapan saya.


Susah bukannya Mustahil

Tak mustahil untuk dapat hasil ataupun result seperti yang saya dapat. Lebih-lebih lagi kalau anda ikut step dan strategi yang saya sendiri gunakan. 


Saya mendapatkan prospek menerusi kaedah pemasaran dengan blog. 


Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak, berapa ramai yang gunakan blog untuk buat promosi sistem autodownline ni?


Besar kemungkinan, jawapannya tak begitu ramai. 


Mungkin daripada keseluruhan yang menggunakan sistem autodownline ni, hanya bawah 5% sahaja yang mempromosikan autodownline menggunakan blog. 


Daripada 5% itu pula, mungkin yang benar-benar aktif menulis blog pun tak ramai mana. 


Dalam bisnes ni, kita kena banyakkan aktiviti. Maksud saya dengan aktiviti ialah, aktiviti pemasaran. Ia boleh jadi dalam bentuk kena rajin buat post status di FB, tulis artikel promosi di blog, hantar emel kepada subscriber dan prospek, serta banyak lagi. 


Kadang-kadang, kita tak tau, dari aktiviti-aktiviti pemasaran yang kita buat tu, mana satu yang betul-betul memberi pulangan dan hasil kepada kita. 


Sebab tu adakalanya kita kena buat semua, tanpa prejudis dan mempunyai perasaan skeptikal tentang mana satu yang paling berkesan. 


Kalau asyik nak cari cara mana yang paling berkesan, sampai bila-bila pun mungkin tak akan jumpa cara yang dikatakan berkesan tu. 


Jadi, kalau anda serius nak dapat hasil seperti yang sedang saya dapat sekarang ni, gunalah sistem autodownline


Bukan semua yang mendaftar di autodownline akan upgrade. Itu lumrah. Sebabnya bukan semua orang SERIUS nak berjaya. Some cuma cakap sahaja. All talk, no action. 


So tak perlu kecil hati kalau mereka tak upgrade. Itu memang sikap mereka. Tak perlu nak kecewa atau nak susah payah nak ubah orang lain. Asalkan kita tau, apa yang perlu kita lakukan itu sudah bagus. Kita fokus sahaja perkenalkan peluang ini kepada mereka yang benar-benar berminat dan yang benar-benar memerlukan. Itu lebih baik daripada mengejar orang yang tak ada kesanggupan untuk berubah. 


Ok la... saya nak sambung buat market research di Lazada.     



 


 

Wednesday, October 14, 2015

Tahun baru dan bulan kedua menggunakan sistem autodownline Tone Excel


Selamat tahun baru 1437Hijrah.


Bulan Oktober 2015 merupakan bulan kedua saya menjadi pengguna sistem Autodownline untuk memudahkan kerja-kerja mempromosikan program referral WOW Tone Excel. 


Setakat dua bulan menggunakan sistem autodownline ni, banyak jugak pengalaman baru yang dapat saya saksikan. Maklumlah, sebelum ni saya memang tak pernah gunakan sebarang skrip ataupun sistem autodownline untuk buat promosi. 


Kalau guna sistem autoresponder tu biasalah.


Fungsi sistem autoresponder pun sebenarnya adalah untuk memudahkan proses komunikasi antara kita dengan prospek, itu sahaja. Ia bukanlah satu tools magik yang bila kita gunakan, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena kita boleh dapat banyak downline. Bukan itu fungsinya. 


Jadi memandangkan sekarang ni, saya pun gunakan sistem autodownline untuk menjadikan bisnes ni automatik, maka saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya menggunakan sistem autodownline ini kepada anda.

Nah nampak tak bahagian yang saya highlight degan kotak berwarna merah tu. Perasan tak dia ada tulis kat situ, spillover from upline

Saturday, September 5, 2015

Sistem AutoDownline: Adakah bisnes Tone Excel akan jadi lagi mudah dengan adanya sistem autodownline?


Saya percaya, dalam masa beberapa bulan dari sekarang, anda akan mula kelihatan rata-rata yang melakukan bisnes Tone Excel ini pasti akan mula menggunakan teknologi terkini untuk buat promosi. 


Mereka tidak lagi akan menggunakan laman web "biasa" untuk buat marketing. 


Sebaliknya, mereka akan cenderung untuk menggunakan sistem-sistem yang support fungsi autodownline. Jika laman web yang mereka gunakan tidak mempunyai fungsi mendapatkan limpahan downline secara automatik, maka laman web tersebut bukanlah laman web yang bagus untuk kita bergantung harap padanya.


Adakah bisnes Tone Excel akan jadi lebih mudah lepas ni dengan adanya fungsi sistem autodownline?




Konsep bisnes Tone Excel sebenarnya sangat mudah sebenarnya. Anda hanya perlu guna sendiri, dan kemudian perkenalkan kepada orang ramai.

Friday, September 4, 2015

Sistem Autodownline: Harapan baru untuk penggiat bisnes Tone Excel yang simkad dah expired


Bisnes Tone Excel. Ini bukannya bisnes baru. Syarikat pun dah beroperasi paling kurang dah 5 tahun di Malaysia ni. Sepanjang tempoh masa yang begini lama, ada banyak juga success story yang kita dah dengar daripada ahli-ahli terdahulu yang konsisten buat bisnes ni tanpa jemu.


Walaupun tak semua dapat capai, apa yang golongan yang berjaya ni capai, namun kejayaan itu tak mustahil untuk dikecapi. Lebih-lebih lagi, jika kita pun berikan usaha, komitmen dan tindakan yang sama seperti orang-orang yang berjaya tu berikan. 



Punca kegagalan kita selalunya adalah disebabkan kelemahan diri kita sendiri. Kita terlalu lemah dan "bodoh" pulak tu. Ya... saya tengah katakan tentang diri saya sendiri. 


Saya melihat apa yang dah terjadi dan yang telah saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Memang banyak kesilapan dan kekurangan yang berlaku. MUNGKIN... ini semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar, agar kesalahan yang lalu janganlah pulak diulang-ulang. 



Anda boleh buat duit yang banyak menerusi bisnes Tone Excel ini. Ia bukannya satu kebetulan, dan pada masa yang sama, anda tak seharusnya bergantung harap pada nasib baik semata-mata. Kena ada strategi, dan perlu disokong oleh sebuah sistem yang betul-betul proven boleh bantu anda pergi lebih jauh dalam bisnes ni.


Dalam blog ni, saya akan lagi banyak bercerita tentang Sistem AutoDownline 123.



Anda boleh daftarkan akaun Autodownline anda secara percuma dengan menekan klik pada pautan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...