Bila saya kata yang Sistem Autodownline ni memang betul-betul boleh pakai, bermakna ia memang betul-betul boleh pakai.
Sistem ini memang betul-betul praktikal untuk membantu penggunanya untuk buat duit dengan lebih bergaya dan dengan effort yang lebih santai.
Masih kurang percaya? Nah ini dia buktinya.
Sumber gambar saya ambil disini: Pengenalan kepada simkad Tone Excel
Bulan ni Alhamdulillah, masih lagi ada rezeki yang masuk dari program ni. Boleh lihat pada tarikh transaksi tersebut berlaku, iaitu pada 11 April 2016. 945115 tu adalah IDP saya yang saya daftar menerusi Team Autodownline.
"Macam mana nak promosikan sim Tone Excel?"
Ha ha
Nampaknya inilah dia antara soalan yang popular yang saya kerap perolehi menerusi emel!
Yang peliknya, soalan ini diajukan kepada saya, selepas si penanya tu membaca setiap perkongsian yang saya buat di laman blog saya!
Dah tentu soalan sedemikian sangat-sangat menimbulkan tanda tanya... sama ada si penanya tu reti membaca ke tidak?
Saya dah ajar macam mana nak buat promosi simkad Tone Excel ni, tiba-tiba orang yang baca perkongsian saya tu tanya sekali lagi soalan yang sama.
What the ...?
Kalau korang rasa tak jelas dengan apa yang korang baca, ulang je la pembacaan korang tu buat kali yang kedua, ketiga keempat atau berapa-berapa kali sekalipun, sampailah korang PAHAM.
Saya bukannya tulis dalam bahasa German. Dalam bahasa Melayu kot. Cuma mungkin ada beberapa terma yang akan saya tulis dalam bahasa Inggeris, itupun jika perlu.
Jika tak perlu guna bahasa Inggeris, kebanyakkannya saya akan tulis dalam Bahasa Melayu sahaja.
Apa pun, terima kasih la buat yang sudi bertanya tu.
Anda telah menghiburkan hari saya! Ha ha
Hint: Anda sebenarnya boleh belajar macam-macam kaedah promosi kalau anda baca blog ini.
Bila kita jujur dengan diri sendiri, sebenarnya kita boleh tau, apa agaknya masa depan bisnes kita dan sejauh mana kita boleh pergi dengan bisnes Tone Excel ni.
Asalkan kita JUJUR dengan diri sendiri.
Kita "audit" diri kita sendiri. Lihat kembali pencapaian kita yang lepas-lepas. Adakah ianya cukup membanggakan atau cukup membangangkan?
Tak salah kalau kita ada angan-angan dan impian yang besar dalam bisnes ni. Kerana pada satu tahap, impian dan angan-angan inilah yang akan jadi penggerak dan membuatkan kita terus melangkah jauh ke hadapan.
"Bila kali terakhir kita mendapat prospek yang baru untuk kita ajak menyertai bisnes ni?"
Sekiranya jawapan yang keluar dari mulut anda ialah
x Tak ingat lah...
x Dah lama tak dapat...
x Saya tak mula lagi...
Maknanya anda masih tidur lagi dan belum bangun dari mimpi. Bangkitlah. Bisnes ni, kita kena buat betul-betul, barulah kita akan dapat lihat hasilnya.
Gambar kucing ni, nama dia Limau.
Setiap kali saya buat kerja, dia akan panjat tempat tu dan tidur. The best part is, dia akan tidur dan muka mengadap saya.
Dem betul.
Buatkan saya rasa macam nak tidur jugak!
Mujurlah, saya dapat setup sistem pemasaran saya betul-betul. Kalau let say saya malas sangat nak buat marketing sekalipun, sistem saya akan bekerja untuk saya, dan carikan prospek untuk saya.
Sebab tu, kalau anda baca post-post saya sebelum ini, saya dapat bantu downline saya, dengan memberikan mereka ni semua downline secara percuma.
Ok anda berminat nak join team saya?
Klik sini untuk join ye.
Macam best je kalau dapat tidur ha ha
Setiap hari macam biasa la, salah satu aktiviti yang saya akan buat ialah semak senarai downline yang saya perolehi di laman web Team Autodownline.
Serius. Memang saya rasa teruja bila melihat bilangan downline yang makin bertambah disitu.
Macam mana saya lakukan, itu rasanya tak perlu saya cerita secara details di sini. Setiap orang, dah tentu ada strategi masing-masing yang tak akan diceritakan dengan sewenang-wenangnya.
Apatah lagi nak cerita secara percuma sahaja.
... kepada orang yang langsung tak ada kena mengena dan langsung tak ada kaitan dengan rangkaian saya sendiri. Maaflah. Memang saya tak akan buat macam tu.
Nak tau cara saya, nak belajar teknik saya, silakan join rangkaian saya. Klik sini untuk join.
Strategi pemasaran menggunakan sistem autodownline, sememangnya dapat memudahkan kerja-kerja pemasaran bisnes simkad Tone Excel ni.
Apa yang saya perhatikan, ahli biasa boleh mula mengumpul pelanggan dengan lebih pantas dari biasa.
Almaklumlah, dengan menggunakan sistem ini, setiap orang akan saling bantu membantu dan bekerjasama untuk dapatkan pelanggan.
Ya, ada unsur-unsur teamwork kat situ.
Kalau masih ada yang tak faham, macam mana perjalanan bisnes Tone Excel menggunakan sistem autodownline ni, anda boleh klik dan baca artikel saya yang pernah saya tulis sebelum ni.
Klik sini untuk baca: Apa yang anda perlu tahu tentang sistem autodownline Tone Excel
Kuncinya ialah, setiap orang PERLU BEKERJA dan bukannya join lepas tu duk diam macam tunggul. Kemudian ada hati nak mengharap limpahan downline yang begitu ramai...
Ho ho teruskan berharap. Anda mungkin akan dapat seorang dua downline dari saya, tetapi itu tidak akan menjadikan anda kaya dalam bisnes ni.
Seperti yang saya selalu tulis dalam ni,
"Upline yang berjaya adalah upline yang memastikan downlinenya kaya terlebih dahulu"
Tak perlu nak spin atau nak buat tafsiran sendiri.
Upline yang buat kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh downlinenya, disebabkan mahu menjadikan downlinenya kaya, bukanlah upline yang bijak.
Ada perkara yang upline boleh tolong. Ada perkara, sebagai downline atau sebagai pemilik bisnes, anda kena buat sendiri. Faham ke ni?
Disebabkan bisnes ni adalah bisnes anda, anda juga perlu menunjukkan minat yang mendalam untuk memajukan bisnes ni juga. Bukannya duk diam saja-saja.
Ok la... dah sedia nak berubah? Jom klik sini dan daftar secara percuma dulu.
Kalau tak nak rasa stres bila buat marketing untuk produk Tone Excel ni mudah sahaja sebenarnya.
Jangan pasang niat nak menjual.
Sebaliknya, kita niatkan dalam hati, nak bantu dan nak menolong mereka yang mahu ditolong. Aha... kat sini saya perlu ingatkan pada para pembaca sekalian, bukan semua orang yang susah tu mahu dirinya dibantu ya.
Ada orang, walaupun susah, dia punya EGO lagi besar dari dia punya susah. Jadi, orang macam ni memang kita tak boleh nak buat apa dah. Kita tengok dan peratikan je la dia.
Sambil-sambil tu kita doakan la dia semoga dia beroleh rezeki yang melimpah ruah. Walaupun bukan menerusi jalan yang kita nak bukakan untuk dia.
"Tapi bro... betul ke autodownline ni boleh tolong orang-orang susah macam aku ni untuk buat duit?"
Ya, sudah tentu boleh!
Saya cakap macam tu sebab saya dah tengok sendiri bagaimana sistem ini bekerja. Saya dah nampak bagaimana sistem spillover from upline ni berfungsi. Memang saya yakin, ia boleh bantu.
Kena banyak bersabar.
Kena tambahkan usaha.
... banyakkan berdoa, dan yang paling penting, kena yakin. Kalau doa semata-mata, tapi tak yakin, pun tak guna.
Ini bukti TERBARU dan TERKINI.
Rasanya anda boleh klik untuk besarkan. Kalau nak download gambar kat atas ni dan tekan save as pun boleh.
Nombor ID ADL (ID AutoDownLine) saya ialah 43375. Seperti yang anda boleh lihat diatas, yang saya tandakan dengan bulat-bulat warna merah, itu semua adalah hasil daripada pemasaran yang saya jalankan.
Semua yang ada bulat-bulat, dan tertulis 43375 itu semua dari kerja-kerja pemasaran saya. Alhamdulillah. Semuanya atas kuasa dan kehendak Yang Maha Esa.
Ada tak nama anda dalam tu? Kalau tak ada, cepat-cepat daftar kat sini.
Setiap hari saya akan terus konsisten buat pemasaran. Bermakna setiap hari juga, anda akan terima downline dari saya. Downline disini bermaksud downline di sistem autodownline.
Jika downline tersebut upgrade menjadi member VIP, maka downline tersebut akan secara automatik menjadi downline anda pula di Tone Excel.
Saya serius nak bantu anda.
Anda nak dibantu atau tidak? Anda hanya perlu join, dan buat seperti mana yang saya buat.
Saya buat artikel promosi yang menceritakan kebaikkan tone excel.
Saya hubungi prospek-prospek yang mungkin berminat menerusi emel dan sebagainya.
Senang cerita, saya buat aktiviti PEMASARAN dan memperkenalkan simkad ini kepada individu seperti anda.
Tak susah sebenarnya kalau anda fikir benda ni tak susah.
Nak join? Klik sini sekarang dan isi borang. Lepas dah isi borang upgrade sebagai VIP member, dan boleh mula buat kerja-kerja pemasaran.
Anda buat pemasaran, anda dapat pelanggan.
Saya buat kerja-kerja pemasaran, boleh jadi anda yang akan dapat pelanggan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila level 1 saya dah penuh. Ia akan di spill over kepada downline saya yang lain.
Mungkin kepada anda.
Klik sini untuk join.
Betul ke sistem AutoDownline Tone Excel ni betul-betul berkesan? Atau cuma hype je dan bila dah join nanti, tak ada apa-apa yang menarik dan berkesan pun!
Adakah sebenarnya sistem AutoDownline Tone Excel tu tipu je sebenarnya?
Ok... bagus. Pertama sekali, anda memang patut rasa curiga! Sebabnya, dari rasa curiga itu, anda akan buat sesuatu untuk mencari kebenarannya.
Kalau autodownline Tone Excel ni tipu, dan anda join, maka anda akan rugi. (Siapa suruh anda tak buat research dulu)
Akan tetapi, kalau autodownline Tone Excel ni TIDAK menipu, dan sebenarnya memang ramai dah yang berjaya dapat downline dengan cara ini, tapi anda tak join, maknanya anda yang akan rugi. (Sekali lagi anda rugi, siapa suruh anda tak buat research)
Orang lain dengan mudah boleh dapat downline... tapi anda... zero. Langsung tak berjaya nak dapatkan downline dengan cara yang lebih mudah dan automatik.
Mahukah anda baca pendedahan saya tentang sistem autodownline ni? Ini adalah jenis sistem autodownline yang saya sendiri gunakan.
Baiklah, kalau anda benar-benar minat nak baca, hasil daripada penggunaan saya sendiri menggunakan sistem autodownline ni, anda boleh baca post saya sebelum ini.
Klik sini untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine
Anda mungkin agak sukar untuk menjumpai mana-mana laman web yang sudi untuk berkongsikan hasil daripada eksperimen penggunaan mana-mana sistem audownline.
Tapi tidak bagi saya.
Pada saya, anda patut tahu bagaimana ia berfungsi. Anda baca sendiri artikel tersebut dan buatlah penilaian sendiri.
Jika anda merasakan kaedah ini lebih mudah dan menguntungkan untuk anda, anda joinlah segera.
Klik sini untuk join dan isikan borang pendaftaran.
In Shaa Allah, anda juga akan terima limpahan downline percuma.
Apa yang anda faham dengan konsep sistem autodownline ye?
Orang asyik mencari, autodownline, autoplacement, automatik downline, auto-pilot downline dan macam-macam lagi. Tetapi, sebelum beriya-iya sangat nak mencari tu, betul ke kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan autodownline ni?
Sebelum saya gunakan sistem autodownline ni, saya juga ada gunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak ToneXpress.
Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi pengguna sistem tersebut, banyak jugak income yang berjaya saya hasilkan. Kalau rajin, biasanya saya akan ceritakan tentang pencapaian saya dalam ToneXpress melalui blog saya yang satu lagi.
Kali terakhir saya dapat komisyen dari ToneXpress adalah pada September 2015.
Apa yang saya faham tentang konsep sistem autodownline, dan apakah yang menjadikan sesuatu sistem autodownline tu akan berkesan?
1. Sistem autodownline sebenarnya bukanlah benar-benar automatik
Atau mungkin patut saya katakan ianya semi-automatik.
Untuk menjadikan satu-satu sistem itu automatik, kita kena lihat juga siapa dibelakang pihak penyedia sistem itu sendiri. Kalau penyedia sistem tu adalah someone yang nobody dan tak mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk manage sistem tu, sia-sia je join dengan dia.
At least orang yang nak manage sistem autodownline ni, paling kurang berpangkat JC. Kalau pangkat lebih tinggi dari tu lebih baik.
Kalau branch sendiri yang nak manage itu lebih menyakinkan.
Sebab tu, walaupun saya ada pengetahuan untuk manage sistem autodownline macam ni, saya tak buat. Saya tahu, prosesnya sangat leceh dan saya perlu ada ready stock yang mencukupi.
Daripada saya pening-pening nak fikir tu semua, lebih baik saya join je mana-mana group yang memang ada sediakan sistem autodownline.
2. Limpahan downline diperolehi hasil daripada pemasaran secara aktif
Ini yang orang tak nampak.
Bila dia tengok ada perkataan auto, kemudian ada perkataan downline, dia fikir lepas join terus dapat downline secara automatik walaupun tak promosi.
Tolong jangan jadi bangang. Syarat untuk berjaya dalam bisnes ni ialah kena jadi pandai, bukan sebaliknya. Tak boleh tidak, anda kena jadi cerdik.
Dalam bisnes, orang yang cerdik ni la yang biasanya akan dapat income yang lumayan. Untuk yang kurang cerdik, akhirnya akan bungkus, gulung tikar dan sebagainya.
Ni la saya nak cerita, downline tu akan datang sendiri kalau anda ada upline yang buat marketing secara aktif dan konsisten. Lagi agresif upline anda buat marketing, lagi tinggi peluang anda untuk dapat downline secara automatik walaupun anda tak buat promosi langsung.
Akan tetapi, kalau anda duduk dibawah upline yang tido, yang buka laptop atau pc pun sebulan sekali, jangan harap la nak dapat limpahan downline dari upline macam ni. Kirim salam je.
3. Anda tetap perlu buat marketing walaupun dah guna sistem autodownline
Satu hari tu, ada yang tanya saya, kalau dah join melalui sistem autodownline, perlu buat promosi lagi ke?
Eh apa ke &^*(*(^ soalan ni?
Dah tentulah ko kena buat promosi. Kalau ko tak buat promosi, macam mana prospek ko nak tau, mana satu ko punya link untuk dia join nanti.
.
..
...
Haish itu la dia manusia.
Apa sikap ni? Nak berjaya tapi tindakan tak serupa orang yang nak berjaya. Dari soalan-soalan yang ditanyakan pun, kita boleh pertikaikan, sama ada orang ni betul-betul nak berjaya atau sekadar terpengaruh dengan kejayaan orang lain, lepas tu berharap diri sendiri pun boleh berjaya macam tu jugak.
Aih entahlah.
Apa pun, sekarang ni, saya ada dua sistem autodownline yang support kerja-kerja pemasaran saya.
Pertama dari pihak ToneXpress.
Satu lagi dari pihak Autodownline 123.
Korang daftarlah mana-mana satu yang berkenan di hati. Lepas dah daftar buatlah promosi tu ganas-ganas sikit. Kalau promosi pun lembab, ada hati nak income lebat. Ceh
Adakah sistem autodownline ini benar-benar membantu untuk mendapatkan pelanggan ataupun downline di Level 1?
Saya cuma boleh cakap apa yang saya tahu.
Apa yang saya tahu pula adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri menjadi pengguna bagi sistem autodownline ini. Adalah kurang beretika kalau saya nak katakan sesuatu yang tak betul atau sesuatu yang hanya rekaan.
Ini adalah screenshot yang baru saya ambil sebentar tadi di member area sistem autodownline milik saya.
Sebenarnya list untuk level dua masih panjang lagi. Bila saya nak buat screenshot, ianya tak muat.
Ada orang pernah tanya kat saya, macam mana nak buat pemasaran? Sebabnya even nak dapatkan prospek mendaftar secara percuma pun sangat susah.
Ya
At some point, saya bersetuju dengan orang yang bertanya pada saya tu. Saya setuju. Bukan mudah untuk dapatkan prospek untuk daftar ke sistem autodownline, walaupun ianya hanya percuma dan tak perlu bayar apa-apa pun.
Ini soalan yang ditanyakan kepada saya:
"Saya baru menggunakan autodownline.. tapi under orang lain..
sebenarnya nak ajak orang sign up percuma pun agak susah.. mohon tunjuk
ajar apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat prospek?"
Manakala ini pula adalah jawapan yang saya berikan. Anda boleh klik sini untuk baca jawapan saya.
Susah bukannya Mustahil
Tak mustahil untuk dapat hasil ataupun result seperti yang saya dapat. Lebih-lebih lagi kalau anda ikut step dan strategi yang saya sendiri gunakan.
Saya mendapatkan prospek menerusi kaedah pemasaran dengan blog.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak, berapa ramai yang gunakan blog untuk buat promosi sistem autodownline ni?
Besar kemungkinan, jawapannya tak begitu ramai.
Mungkin daripada keseluruhan yang menggunakan sistem autodownline ni, hanya bawah 5% sahaja yang mempromosikan autodownline menggunakan blog.
Daripada 5% itu pula, mungkin yang benar-benar aktif menulis blog pun tak ramai mana.
Dalam bisnes ni, kita kena banyakkan aktiviti. Maksud saya dengan aktiviti ialah, aktiviti pemasaran. Ia boleh jadi dalam bentuk kena rajin buat post status di FB, tulis artikel promosi di blog, hantar emel kepada subscriber dan prospek, serta banyak lagi.
Kadang-kadang, kita tak tau, dari aktiviti-aktiviti pemasaran yang kita buat tu, mana satu yang betul-betul memberi pulangan dan hasil kepada kita.
Sebab tu adakalanya kita kena buat semua, tanpa prejudis dan mempunyai perasaan skeptikal tentang mana satu yang paling berkesan.
Kalau asyik nak cari cara mana yang paling berkesan, sampai bila-bila pun mungkin tak akan jumpa cara yang dikatakan berkesan tu.
Jadi, kalau anda serius nak dapat hasil seperti yang sedang saya dapat sekarang ni, gunalah sistem autodownline.
Bukan semua yang mendaftar di autodownline akan upgrade. Itu lumrah. Sebabnya bukan semua orang SERIUS nak berjaya. Some cuma cakap sahaja. All talk, no action.
So tak perlu kecil hati kalau mereka tak upgrade. Itu memang sikap mereka. Tak perlu nak kecewa atau nak susah payah nak ubah orang lain. Asalkan kita tau, apa yang perlu kita lakukan itu sudah bagus. Kita fokus sahaja perkenalkan peluang ini kepada mereka yang benar-benar berminat dan yang benar-benar memerlukan. Itu lebih baik daripada mengejar orang yang tak ada kesanggupan untuk berubah.
Ok la... saya nak sambung buat market research di Lazada.
Selamat tahun baru 1437Hijrah.
Bulan Oktober 2015 merupakan bulan kedua saya menjadi pengguna sistem Autodownline untuk memudahkan kerja-kerja mempromosikan program referral WOW Tone Excel.
Setakat dua bulan menggunakan sistem autodownline ni, banyak jugak pengalaman baru yang dapat saya saksikan. Maklumlah, sebelum ni saya memang tak pernah gunakan sebarang skrip ataupun sistem autodownline untuk buat promosi.
Kalau guna sistem autoresponder tu biasalah.
Fungsi sistem autoresponder pun sebenarnya adalah untuk memudahkan proses komunikasi antara kita dengan prospek, itu sahaja. Ia bukanlah satu tools magik yang bila kita gunakan, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena kita boleh dapat banyak downline. Bukan itu fungsinya.
Jadi memandangkan sekarang ni, saya pun gunakan sistem autodownline untuk menjadikan bisnes ni automatik, maka saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya menggunakan sistem autodownline ini kepada anda.
Nah nampak tak bahagian yang saya highlight degan kotak berwarna merah tu. Perasan tak dia ada tulis kat situ, spillover from upline.
Saya percaya, dalam masa beberapa bulan dari sekarang, anda akan mula kelihatan rata-rata yang melakukan bisnes Tone Excel ini pasti akan mula menggunakan teknologi terkini untuk buat promosi.
Mereka tidak lagi akan menggunakan laman web "biasa" untuk buat marketing.
Sebaliknya, mereka akan cenderung untuk menggunakan sistem-sistem yang support fungsi autodownline. Jika laman web yang mereka gunakan tidak mempunyai fungsi mendapatkan limpahan downline secara automatik, maka laman web tersebut bukanlah laman web yang bagus untuk kita bergantung harap padanya.
Adakah bisnes Tone Excel akan jadi lebih mudah lepas ni dengan adanya fungsi sistem autodownline?
Konsep bisnes Tone Excel sebenarnya sangat mudah sebenarnya. Anda hanya perlu guna sendiri, dan kemudian perkenalkan kepada orang ramai.
Bisnes Tone Excel. Ini bukannya bisnes baru. Syarikat pun dah beroperasi paling kurang dah 5 tahun di Malaysia ni. Sepanjang tempoh masa yang begini lama, ada banyak juga success story yang kita dah dengar daripada ahli-ahli terdahulu yang konsisten buat bisnes ni tanpa jemu.
Walaupun tak semua dapat capai, apa yang golongan yang berjaya ni capai, namun kejayaan itu tak mustahil untuk dikecapi. Lebih-lebih lagi, jika kita pun berikan usaha, komitmen dan tindakan yang sama seperti orang-orang yang berjaya tu berikan.
Punca kegagalan kita selalunya adalah disebabkan kelemahan diri kita sendiri. Kita terlalu lemah dan "bodoh" pulak tu. Ya... saya tengah katakan tentang diri saya sendiri.
Saya melihat apa yang dah terjadi dan yang telah saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Memang banyak kesilapan dan kekurangan yang berlaku. MUNGKIN... ini semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar, agar kesalahan yang lalu janganlah pulak diulang-ulang.
Anda boleh buat duit yang banyak menerusi bisnes Tone Excel ini. Ia bukannya satu kebetulan, dan pada masa yang sama, anda tak seharusnya bergantung harap pada nasib baik semata-mata. Kena ada strategi, dan perlu disokong oleh sebuah sistem yang betul-betul proven boleh bantu anda pergi lebih jauh dalam bisnes ni.
Dalam blog ni, saya akan lagi banyak bercerita tentang Sistem AutoDownline 123.
Anda boleh daftarkan akaun Autodownline anda secara percuma dengan menekan klik pada pautan ini.