Bisnes Simkad Tone Excel dengan gabungan Sistem Autodownline untuk membantu anda membina rangkaian downline dengan lebih pantas dan MUDAH!
Sunday, October 18, 2015
ToneXpress pun ada fungsi sistem autodownline
Apa yang anda faham dengan konsep sistem autodownline ye?
Orang asyik mencari, autodownline, autoplacement, automatik downline, auto-pilot downline dan macam-macam lagi. Tetapi, sebelum beriya-iya sangat nak mencari tu, betul ke kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan autodownline ni?
Sebelum saya gunakan sistem autodownline ni, saya juga ada gunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak ToneXpress.
Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi pengguna sistem tersebut, banyak jugak income yang berjaya saya hasilkan. Kalau rajin, biasanya saya akan ceritakan tentang pencapaian saya dalam ToneXpress melalui blog saya yang satu lagi.
Kali terakhir saya dapat komisyen dari ToneXpress adalah pada September 2015.
Apa yang saya faham tentang konsep sistem autodownline, dan apakah yang menjadikan sesuatu sistem autodownline tu akan berkesan?
1. Sistem autodownline sebenarnya bukanlah benar-benar automatik
Atau mungkin patut saya katakan ianya semi-automatik.
Untuk menjadikan satu-satu sistem itu automatik, kita kena lihat juga siapa dibelakang pihak penyedia sistem itu sendiri. Kalau penyedia sistem tu adalah someone yang nobody dan tak mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk manage sistem tu, sia-sia je join dengan dia.
At least orang yang nak manage sistem autodownline ni, paling kurang berpangkat JC. Kalau pangkat lebih tinggi dari tu lebih baik.
Kalau branch sendiri yang nak manage itu lebih menyakinkan.
Sebab tu, walaupun saya ada pengetahuan untuk manage sistem autodownline macam ni, saya tak buat. Saya tahu, prosesnya sangat leceh dan saya perlu ada ready stock yang mencukupi.
Daripada saya pening-pening nak fikir tu semua, lebih baik saya join je mana-mana group yang memang ada sediakan sistem autodownline.
2. Limpahan downline diperolehi hasil daripada pemasaran secara aktif
Ini yang orang tak nampak.
Bila dia tengok ada perkataan auto, kemudian ada perkataan downline, dia fikir lepas join terus dapat downline secara automatik walaupun tak promosi.
Tolong jangan jadi bangang. Syarat untuk berjaya dalam bisnes ni ialah kena jadi pandai, bukan sebaliknya. Tak boleh tidak, anda kena jadi cerdik.
Dalam bisnes, orang yang cerdik ni la yang biasanya akan dapat income yang lumayan. Untuk yang kurang cerdik, akhirnya akan bungkus, gulung tikar dan sebagainya.
Ni la saya nak cerita, downline tu akan datang sendiri kalau anda ada upline yang buat marketing secara aktif dan konsisten. Lagi agresif upline anda buat marketing, lagi tinggi peluang anda untuk dapat downline secara automatik walaupun anda tak buat promosi langsung.
Akan tetapi, kalau anda duduk dibawah upline yang tido, yang buka laptop atau pc pun sebulan sekali, jangan harap la nak dapat limpahan downline dari upline macam ni. Kirim salam je.
3. Anda tetap perlu buat marketing walaupun dah guna sistem autodownline
Satu hari tu, ada yang tanya saya, kalau dah join melalui sistem autodownline, perlu buat promosi lagi ke?
Eh apa ke &^*(*(^ soalan ni?
Dah tentulah ko kena buat promosi. Kalau ko tak buat promosi, macam mana prospek ko nak tau, mana satu ko punya link untuk dia join nanti.
.
..
...
Haish itu la dia manusia.
Apa sikap ni? Nak berjaya tapi tindakan tak serupa orang yang nak berjaya. Dari soalan-soalan yang ditanyakan pun, kita boleh pertikaikan, sama ada orang ni betul-betul nak berjaya atau sekadar terpengaruh dengan kejayaan orang lain, lepas tu berharap diri sendiri pun boleh berjaya macam tu jugak.
Aih entahlah.
Apa pun, sekarang ni, saya ada dua sistem autodownline yang support kerja-kerja pemasaran saya.
Pertama dari pihak ToneXpress.
Satu lagi dari pihak Autodownline 123.
Korang daftarlah mana-mana satu yang berkenan di hati. Lepas dah daftar buatlah promosi tu ganas-ganas sikit. Kalau promosi pun lembab, ada hati nak income lebat. Ceh
Saturday, October 17, 2015
Sistem autodownline ni bagus ke untuk bisnes Tone Excel?
Adakah sistem autodownline ini benar-benar membantu untuk mendapatkan pelanggan ataupun downline di Level 1?
Saya cuma boleh cakap apa yang saya tahu.
Apa yang saya tahu pula adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri menjadi pengguna bagi sistem autodownline ini. Adalah kurang beretika kalau saya nak katakan sesuatu yang tak betul atau sesuatu yang hanya rekaan.
Ini adalah screenshot yang baru saya ambil sebentar tadi di member area sistem autodownline milik saya.
Sebenarnya list untuk level dua masih panjang lagi. Bila saya nak buat screenshot, ianya tak muat.
Ada orang pernah tanya kat saya, macam mana nak buat pemasaran? Sebabnya even nak dapatkan prospek mendaftar secara percuma pun sangat susah.
Ya
At some point, saya bersetuju dengan orang yang bertanya pada saya tu. Saya setuju. Bukan mudah untuk dapatkan prospek untuk daftar ke sistem autodownline, walaupun ianya hanya percuma dan tak perlu bayar apa-apa pun.
Ini soalan yang ditanyakan kepada saya:
"Saya baru menggunakan autodownline.. tapi under orang lain.. sebenarnya nak ajak orang sign up percuma pun agak susah.. mohon tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat prospek?"
Manakala ini pula adalah jawapan yang saya berikan. Anda boleh klik sini untuk baca jawapan saya.
Susah bukannya Mustahil
Tak mustahil untuk dapat hasil ataupun result seperti yang saya dapat. Lebih-lebih lagi kalau anda ikut step dan strategi yang saya sendiri gunakan.
Saya mendapatkan prospek menerusi kaedah pemasaran dengan blog.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak, berapa ramai yang gunakan blog untuk buat promosi sistem autodownline ni?
Besar kemungkinan, jawapannya tak begitu ramai.
Mungkin daripada keseluruhan yang menggunakan sistem autodownline ni, hanya bawah 5% sahaja yang mempromosikan autodownline menggunakan blog.
Daripada 5% itu pula, mungkin yang benar-benar aktif menulis blog pun tak ramai mana.
Dalam bisnes ni, kita kena banyakkan aktiviti. Maksud saya dengan aktiviti ialah, aktiviti pemasaran. Ia boleh jadi dalam bentuk kena rajin buat post status di FB, tulis artikel promosi di blog, hantar emel kepada subscriber dan prospek, serta banyak lagi.
Kadang-kadang, kita tak tau, dari aktiviti-aktiviti pemasaran yang kita buat tu, mana satu yang betul-betul memberi pulangan dan hasil kepada kita.
Sebab tu adakalanya kita kena buat semua, tanpa prejudis dan mempunyai perasaan skeptikal tentang mana satu yang paling berkesan.
Kalau asyik nak cari cara mana yang paling berkesan, sampai bila-bila pun mungkin tak akan jumpa cara yang dikatakan berkesan tu.
Jadi, kalau anda serius nak dapat hasil seperti yang sedang saya dapat sekarang ni, gunalah sistem autodownline.
Bukan semua yang mendaftar di autodownline akan upgrade. Itu lumrah. Sebabnya bukan semua orang SERIUS nak berjaya. Some cuma cakap sahaja. All talk, no action.
So tak perlu kecil hati kalau mereka tak upgrade. Itu memang sikap mereka. Tak perlu nak kecewa atau nak susah payah nak ubah orang lain. Asalkan kita tau, apa yang perlu kita lakukan itu sudah bagus. Kita fokus sahaja perkenalkan peluang ini kepada mereka yang benar-benar berminat dan yang benar-benar memerlukan. Itu lebih baik daripada mengejar orang yang tak ada kesanggupan untuk berubah.
Ok la... saya nak sambung buat market research di Lazada.
Wednesday, October 14, 2015
Tahun baru dan bulan kedua menggunakan sistem autodownline Tone Excel
Selamat tahun baru 1437Hijrah.
Bulan Oktober 2015 merupakan bulan kedua saya menjadi pengguna sistem Autodownline untuk memudahkan kerja-kerja mempromosikan program referral WOW Tone Excel.
Setakat dua bulan menggunakan sistem autodownline ni, banyak jugak pengalaman baru yang dapat saya saksikan. Maklumlah, sebelum ni saya memang tak pernah gunakan sebarang skrip ataupun sistem autodownline untuk buat promosi.
Kalau guna sistem autoresponder tu biasalah.
Fungsi sistem autoresponder pun sebenarnya adalah untuk memudahkan proses komunikasi antara kita dengan prospek, itu sahaja. Ia bukanlah satu tools magik yang bila kita gunakan, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena kita boleh dapat banyak downline. Bukan itu fungsinya.
Jadi memandangkan sekarang ni, saya pun gunakan sistem autodownline untuk menjadikan bisnes ni automatik, maka saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya menggunakan sistem autodownline ini kepada anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)