Sunday, October 18, 2015

ToneXpress pun ada fungsi sistem autodownline


Apa yang anda faham dengan konsep sistem autodownline ye?


Orang asyik mencari, autodownline, autoplacement, automatik downline, auto-pilot downline dan macam-macam lagi. Tetapi, sebelum beriya-iya sangat nak mencari tu, betul ke kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan autodownline ni? 


Sebelum saya gunakan sistem autodownline ni, saya juga ada gunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak ToneXpress.


Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi pengguna sistem tersebut, banyak jugak income yang berjaya saya hasilkan.  Kalau rajin, biasanya saya akan ceritakan tentang pencapaian saya dalam ToneXpress melalui blog saya yang satu lagi. 


Kali terakhir saya dapat komisyen dari ToneXpress adalah pada September 2015.


Apa yang saya faham tentang konsep sistem autodownline, dan apakah yang menjadikan sesuatu sistem autodownline tu akan berkesan? 


1. Sistem autodownline sebenarnya bukanlah benar-benar automatik

Atau mungkin patut saya katakan ianya semi-automatik. 


Untuk menjadikan satu-satu sistem itu automatik, kita kena lihat juga siapa dibelakang pihak penyedia sistem itu sendiri. Kalau penyedia sistem tu adalah someone yang nobody dan tak mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk manage sistem tu, sia-sia je join dengan dia. 


At least orang yang nak manage sistem autodownline ni, paling kurang berpangkat JC. Kalau pangkat lebih tinggi dari tu lebih baik. 


Kalau branch sendiri yang nak manage itu lebih menyakinkan. 


Sebab tu, walaupun saya ada pengetahuan untuk manage sistem autodownline macam ni, saya tak buat. Saya tahu, prosesnya sangat leceh dan saya perlu ada ready stock yang mencukupi. 



Daripada saya pening-pening nak fikir tu semua, lebih baik saya join je mana-mana group yang memang ada sediakan sistem autodownline



2. Limpahan downline diperolehi hasil daripada pemasaran secara aktif

Ini yang orang tak nampak. 


Bila dia tengok ada perkataan auto, kemudian ada perkataan downline, dia fikir lepas join terus dapat downline secara automatik walaupun tak promosi. 


Tolong jangan jadi bangang. Syarat untuk berjaya dalam bisnes ni ialah kena jadi pandai, bukan sebaliknya. Tak boleh tidak, anda kena jadi cerdik. 


Dalam bisnes, orang yang cerdik ni la yang biasanya akan dapat income yang lumayan. Untuk yang kurang cerdik, akhirnya akan bungkus, gulung tikar dan sebagainya. 


Ni la saya nak cerita, downline tu akan datang sendiri kalau anda ada upline yang buat marketing secara aktif dan konsisten. Lagi agresif upline anda buat marketing, lagi tinggi peluang anda untuk dapat downline secara automatik walaupun anda tak buat promosi langsung. 


Akan tetapi, kalau anda duduk dibawah upline yang tido, yang buka laptop atau pc pun sebulan sekali, jangan harap la nak dapat limpahan downline dari upline macam ni. Kirim salam je. 


3. Anda tetap perlu buat marketing walaupun dah guna sistem autodownline 

Satu hari tu, ada yang tanya saya, kalau dah join melalui sistem autodownline, perlu buat promosi lagi ke? 


Eh apa ke &^*(*(^ soalan ni?


Dah tentulah ko kena buat promosi. Kalau ko tak buat promosi, macam mana prospek ko nak tau, mana satu ko punya link untuk dia join nanti. 


.

..

...

Haish itu la dia manusia. 


Apa sikap ni? Nak berjaya tapi tindakan tak serupa orang yang nak berjaya. Dari soalan-soalan yang ditanyakan pun, kita boleh pertikaikan, sama ada orang ni betul-betul nak berjaya atau sekadar terpengaruh dengan kejayaan orang lain, lepas tu berharap diri sendiri pun boleh berjaya macam tu jugak. 


Aih entahlah. 


Apa pun, sekarang ni, saya ada dua sistem autodownline yang support kerja-kerja pemasaran saya. 


Pertama dari pihak ToneXpress


Satu lagi dari pihak Autodownline 123.     


Korang daftarlah mana-mana satu yang berkenan di hati. Lepas dah daftar buatlah promosi tu ganas-ganas sikit. Kalau promosi pun lembab, ada hati nak income lebat. Ceh


 
 

Saturday, October 17, 2015

Sistem autodownline ni bagus ke untuk bisnes Tone Excel?


Adakah sistem autodownline ini benar-benar membantu untuk mendapatkan pelanggan ataupun downline di Level 1?


Saya cuma boleh cakap apa yang saya tahu. 


Apa yang saya tahu pula adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri menjadi pengguna bagi sistem autodownline ini. Adalah kurang beretika kalau saya nak katakan sesuatu yang tak betul atau sesuatu yang hanya rekaan. 


Ini adalah screenshot yang baru saya ambil sebentar tadi di member area sistem autodownline milik saya. 

Dapat_downline_percuma_dengan_autodownline

Sebenarnya list untuk level dua masih panjang lagi. Bila saya nak buat screenshot, ianya tak muat. 


Ada orang pernah tanya kat saya, macam mana nak buat pemasaran? Sebabnya even nak dapatkan prospek mendaftar secara percuma pun sangat susah.


Ya


At some point, saya bersetuju dengan orang yang bertanya pada saya tu. Saya setuju. Bukan mudah untuk dapatkan prospek untuk daftar ke sistem autodownline, walaupun ianya hanya percuma dan tak perlu bayar apa-apa pun. 


Ini soalan yang ditanyakan kepada saya: 


"Saya baru menggunakan autodownline.. tapi under orang lain.. sebenarnya nak ajak orang sign up percuma pun agak susah.. mohon tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat prospek?"


Manakala ini pula adalah jawapan yang saya berikan. Anda boleh klik sini untuk baca jawapan saya.


Susah bukannya Mustahil

Tak mustahil untuk dapat hasil ataupun result seperti yang saya dapat. Lebih-lebih lagi kalau anda ikut step dan strategi yang saya sendiri gunakan. 


Saya mendapatkan prospek menerusi kaedah pemasaran dengan blog. 


Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak, berapa ramai yang gunakan blog untuk buat promosi sistem autodownline ni?


Besar kemungkinan, jawapannya tak begitu ramai. 


Mungkin daripada keseluruhan yang menggunakan sistem autodownline ni, hanya bawah 5% sahaja yang mempromosikan autodownline menggunakan blog. 


Daripada 5% itu pula, mungkin yang benar-benar aktif menulis blog pun tak ramai mana. 


Dalam bisnes ni, kita kena banyakkan aktiviti. Maksud saya dengan aktiviti ialah, aktiviti pemasaran. Ia boleh jadi dalam bentuk kena rajin buat post status di FB, tulis artikel promosi di blog, hantar emel kepada subscriber dan prospek, serta banyak lagi. 


Kadang-kadang, kita tak tau, dari aktiviti-aktiviti pemasaran yang kita buat tu, mana satu yang betul-betul memberi pulangan dan hasil kepada kita. 


Sebab tu adakalanya kita kena buat semua, tanpa prejudis dan mempunyai perasaan skeptikal tentang mana satu yang paling berkesan. 


Kalau asyik nak cari cara mana yang paling berkesan, sampai bila-bila pun mungkin tak akan jumpa cara yang dikatakan berkesan tu. 


Jadi, kalau anda serius nak dapat hasil seperti yang sedang saya dapat sekarang ni, gunalah sistem autodownline


Bukan semua yang mendaftar di autodownline akan upgrade. Itu lumrah. Sebabnya bukan semua orang SERIUS nak berjaya. Some cuma cakap sahaja. All talk, no action. 


So tak perlu kecil hati kalau mereka tak upgrade. Itu memang sikap mereka. Tak perlu nak kecewa atau nak susah payah nak ubah orang lain. Asalkan kita tau, apa yang perlu kita lakukan itu sudah bagus. Kita fokus sahaja perkenalkan peluang ini kepada mereka yang benar-benar berminat dan yang benar-benar memerlukan. Itu lebih baik daripada mengejar orang yang tak ada kesanggupan untuk berubah. 


Ok la... saya nak sambung buat market research di Lazada.     



 


 

Wednesday, October 14, 2015

Tahun baru dan bulan kedua menggunakan sistem autodownline Tone Excel


Selamat tahun baru 1437Hijrah.


Bulan Oktober 2015 merupakan bulan kedua saya menjadi pengguna sistem Autodownline untuk memudahkan kerja-kerja mempromosikan program referral WOW Tone Excel. 


Setakat dua bulan menggunakan sistem autodownline ni, banyak jugak pengalaman baru yang dapat saya saksikan. Maklumlah, sebelum ni saya memang tak pernah gunakan sebarang skrip ataupun sistem autodownline untuk buat promosi. 


Kalau guna sistem autoresponder tu biasalah.


Fungsi sistem autoresponder pun sebenarnya adalah untuk memudahkan proses komunikasi antara kita dengan prospek, itu sahaja. Ia bukanlah satu tools magik yang bila kita gunakan, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena kita boleh dapat banyak downline. Bukan itu fungsinya. 


Jadi memandangkan sekarang ni, saya pun gunakan sistem autodownline untuk menjadikan bisnes ni automatik, maka saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya menggunakan sistem autodownline ini kepada anda.

Nah nampak tak bahagian yang saya highlight degan kotak berwarna merah tu. Perasan tak dia ada tulis kat situ, spillover from upline

Saturday, September 5, 2015

Sistem AutoDownline: Adakah bisnes Tone Excel akan jadi lagi mudah dengan adanya sistem autodownline?


Saya percaya, dalam masa beberapa bulan dari sekarang, anda akan mula kelihatan rata-rata yang melakukan bisnes Tone Excel ini pasti akan mula menggunakan teknologi terkini untuk buat promosi. 


Mereka tidak lagi akan menggunakan laman web "biasa" untuk buat marketing. 


Sebaliknya, mereka akan cenderung untuk menggunakan sistem-sistem yang support fungsi autodownline. Jika laman web yang mereka gunakan tidak mempunyai fungsi mendapatkan limpahan downline secara automatik, maka laman web tersebut bukanlah laman web yang bagus untuk kita bergantung harap padanya.


Adakah bisnes Tone Excel akan jadi lebih mudah lepas ni dengan adanya fungsi sistem autodownline?




Konsep bisnes Tone Excel sebenarnya sangat mudah sebenarnya. Anda hanya perlu guna sendiri, dan kemudian perkenalkan kepada orang ramai.

Friday, September 4, 2015

Sistem Autodownline: Harapan baru untuk penggiat bisnes Tone Excel yang simkad dah expired


Bisnes Tone Excel. Ini bukannya bisnes baru. Syarikat pun dah beroperasi paling kurang dah 5 tahun di Malaysia ni. Sepanjang tempoh masa yang begini lama, ada banyak juga success story yang kita dah dengar daripada ahli-ahli terdahulu yang konsisten buat bisnes ni tanpa jemu.


Walaupun tak semua dapat capai, apa yang golongan yang berjaya ni capai, namun kejayaan itu tak mustahil untuk dikecapi. Lebih-lebih lagi, jika kita pun berikan usaha, komitmen dan tindakan yang sama seperti orang-orang yang berjaya tu berikan. 



Punca kegagalan kita selalunya adalah disebabkan kelemahan diri kita sendiri. Kita terlalu lemah dan "bodoh" pulak tu. Ya... saya tengah katakan tentang diri saya sendiri. 


Saya melihat apa yang dah terjadi dan yang telah saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Memang banyak kesilapan dan kekurangan yang berlaku. MUNGKIN... ini semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar, agar kesalahan yang lalu janganlah pulak diulang-ulang. 



Anda boleh buat duit yang banyak menerusi bisnes Tone Excel ini. Ia bukannya satu kebetulan, dan pada masa yang sama, anda tak seharusnya bergantung harap pada nasib baik semata-mata. Kena ada strategi, dan perlu disokong oleh sebuah sistem yang betul-betul proven boleh bantu anda pergi lebih jauh dalam bisnes ni.


Dalam blog ni, saya akan lagi banyak bercerita tentang Sistem AutoDownline 123.



Anda boleh daftarkan akaun Autodownline anda secara percuma dengan menekan klik pada pautan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...