"Bro, kenapa ko masih tak berjaya dalam bisnes TE ni? Apa masalah ko sebenarnya ni?"
Soalan ni, kalau ditanyakan pada saya, saya memang sangat sangat sangat tau apa jawapannya. Its a clear cut answer.
Jika soalan tu tentang diri saya, berkenaan saya, kenapa saya gagal or kenapa saya boleh berjaya, saya tau macam mana nak jawab, dan dah tentu saya tau apa jawapannya.
Namun kalau soalan tu tentang orang lain... memang la saya tak tau nak kata apa.
Ok berbalik kepada soalan utama. "Kenapa masih tak berjaya dalam bisnes TE ni walhal dah bertahun-tahun dah kot berada dalam bisnes ni..."
Saya rasa jawapannya mudah je kot...
Sebab ada kekurangan pada diri kita. Kekurangan tu boleh jadi dalam bentuk
+ Kurang cerdik
+ Kurang usaha
+ Kurang kerajinan
Serius, memang susahla nak pergi jauh kalau kurang cerdik ni. Kecerdikan ni boleh datang dengan syarat kita berusaha untuk menjadikan diri kita cerdik.
Orang yang cerdik, dia bukannya tiba-tiba jadi cerdik. Ada usaha yang perlu dilakukan. Sama ada dia berusaha untuk menambah ilmu dengan cara datang ke kelas, baca buku, datang seminar, belajar dari rancangan tv dan macam-macam lagi.
Kalau tak sanggup buat semua tu, setidak-tidaknya perlu ada kesanggupan untuk bergaul dan berkawan dengan individu lain yang lebih cerdik. Bukannya berkawan sebab nak menyusahkan dia dengan soalan-soalan remeh yang jawapannya boleh dicari sendiri dan yang dah sentiasa terhidang kat depan mata.
Sebaliknya, kita berkawan dengan niat untuk mendapatkan semangat dan mencontohi cara dan budaya kerja individu tersebut yang lebih berjaya dari kita, asbab dari kecerdikannya.
Setiap orang diberikan masa yang sama setiap hari.
Untuk menulis post tentang Tone Excel dan tentang AutoDownline TE yang anda sedang baca dalam ni, juga memerlukan masa.
Kalau mahu, boleh sahaja saya berikan alasan saya tak ada masa, kemudian saya kembali meneruskan buat hal-hal lain yang tak ada kena mengena langsung dengan bisnes ni. Tonton TV, layan iFlix, main game The Walking Dead No Man Land dan banyak lagi.
Semua tu lebih best berbanding luangkan masa untuk buat kerja-kerja pemasaran yang memenatkan.
Tapi saya pilih untuk cari dan curi masa untuk buat kerja-kerja marketing. Atas sebab? Sebab saya nak berjaya. Sebab saya tau, in future, bukan orang lain yang akan dapat manfaatnya.
Saya sendiri yang akan dapat tuai hasilnya.
Saya tak hairan, kalau anda kata anda susah nak berjaya. Saya lagi tak rasa hairan kalau anda mengatakan kegagalan anda itu adalah disebabkan kesalahan orang lain.
... dan anda yakin dengan apa yang anda percaya selama ini. Hmm..
Ramai orang yang saya jumpa, mereka mahukan seseorang untuk memimpin tangan mereka, dan untuk mengajar mereka satu per satu apa yang perlu dibuat dalam bisnes. Ibarat macam kat tempat kerja gitu.
Ironinya, ramai yang tak suka suasana kerja seperti itu bila di tempat kerja.
Cukup ramai yang dah jatuh tahap BENCI bila setiap masa ada supervisor yang duk bebel, itu tak kena, ini tak kena, buat itu salah, buat ni tak tepat, tak boleh rehat sekarang, tak boleh cuti dan lain-lain lagi.
Mereka cukup benci dengan situasi ini, hinggakan dalam hati mereka berazam untuk cari kerja lain, atau berbisnes untuk mendapatkan persekitaran yang lebih santai dan bebas.
Peliknya...
Bila dah join bisnes TE ni, bila anda dah dapat kebebasan yang anda memang layak untuk terima, tiba-tiba sahaja anda jadi seperti orang yang tak tau nak buat kerja langsung. Tak tau nak buat apa, cuai, pemalas dan selalu tak buat kerja.
Apa benda yang sedang berlaku pada anda sebenarnya?
... dan itu my friend, itulah sebabnya kenapa anda masih tetap macam tu je dan tak ada sebarang kemajuan langsung.
No comments:
Post a Comment